Aku buntu...
Aku kaku...
Aku bisu...
Aku bukan sengaja. BENAR! Bukan sengajaaaa..
Facebook memang jahanam, aku bukan sengaja. Kau paksa aku. Kan aku dah menyesal. Aku tak perlu tahu perihal si mantan itu. Sedikit pun tak. Kenapa hati ini gatal benar mahu tahu juga. Degil. Seperti tuannya. Kan sudah sakit. Padan muka kau, Hati.
Entah logik atau tidak alasan itu. Aku sendiri masih ragu. Aku bukan sengaja konon. Semudah itu aku cuba yakinkan diri. Bodoh. Bebal. Sekarang siapa yang sakit? Kau juga kan? Tak guna. Hari ini aku benci kau, Hati. Begitu sukar memegang janji. Bila mahu sedar? Dua tahun bukan sekejap. Kenapa masih punya harapan? Harapan kau sampah. Buang sajalah! Tak ada siapa peduli. Kau sedar itu?
Kau sakit lagi, Hati? Kau mahu menangis? Aku juga mahu menangis. Aku juga mahu teman untuk mendengar. Kosong. Barangkali semua teman setiaku sudah tidur lewat jam begini. Aku kosong. Berdiri kayu depan cermin. Aku cuma mampu melihat si bodoh yang tewas pada cinta yang rapuh. Si bodoh itu. Buruk. Patutlah kau tewas. Apa ada pada kau berbanding pengarang jantungnya itu? Cinta? Agung mana sangatlah.. Dia juga boleh berikan cinta, jauh lebih baik. Kau cuma perlu sedar. Kau perlu berhenti. Teruskan menikmati hidupmu. Boleh?
Kental sajalah, Ony! Kental! Kau tahu hari ini akan muncul juga. Kenapa lemah longlai begini? Sekurang-kurangnya kau tahu dia bahagia kan. Kau patut juga. Kau layak juga. Kau tahu kau layak. Kau tahu kondisi hidupmu jauh lebih baik dari dia. Kenapa kau perlu bazirkan air mata? Berjimatlah sedikit. Kau akan temu bahagia itu. Mungkin esok, lusa, nanti. Siapa tahu? Kau cuma perlu padamkan dan mula muka baru.
Boleh? (Angguk) Boleh.
Yakin? (Lama) Mungkin.
Senyum? (Berpaling) Lain kali sajalah.
Aku tak yakin langsung sebenarnya. Ya ALLAH.. Bantu aku!
No comments:
Post a Comment