tiga belas

Tamat seminggu aku berorientasi di UiTM Shah Alam. Seronok menggila bersama rakan. Aku agak anti-sosial di sini. Dua puluh empat jam bersama rakan lama. Tak perlu ambil kisah untuk mengenal strangers lain. Tapi ada jugalah dua tiga orang baru aku kenal yang aku rasakan kami serasi bersama. Ada juga yang baru kenal dah keluar tanduk setan bagai. Adalah seorang ni, aku kenalkan dia sebagai Al (bukan nama sebenar). Boleh dia ajak aku dan Ash ke private party anjuran rakannya. Walhal baru kenal dua hari sahaja. Kalau private party yang sopan bolehlah juga. Ini tidak. Digambarkannya penuh dengan arak kencing syaitan itu. Pil-pil khayal pula dah jadi seperti gula-gula mint bagi mereka. Ohhh, begitu rosak anak muda warisan bangsa. Bukanlah aku ini asalnya dari kampung mahupun ulu, tapi aku tidak perlu itu semua. Aku tidak perlu menghirup kencing syaitan semata-mata untuk lupakan masalah dunia. Aku ada pendirian. Aku percaya pada itu. Ash pula aku lihat begitu kautim dengan Al. Cepat-cepat aku elakkan. Ash turuti aku. Jangan begitu dekat dengan Al itu. Dia bakal merosakkan otak kita. Mujurlah dia bukan sekolej dengan kami. Sekurang-kurangnya tidaklah aku hadap dia selalu. Subhanallahhh.. Lepas ni apa pula? Siapa lagi yang mahu persetanin aku? Ya Allah, aku perlu lebih kental padaMu. Bantu aku..