tiga belas

Tamat seminggu aku berorientasi di UiTM Shah Alam. Seronok menggila bersama rakan. Aku agak anti-sosial di sini. Dua puluh empat jam bersama rakan lama. Tak perlu ambil kisah untuk mengenal strangers lain. Tapi ada jugalah dua tiga orang baru aku kenal yang aku rasakan kami serasi bersama. Ada juga yang baru kenal dah keluar tanduk setan bagai. Adalah seorang ni, aku kenalkan dia sebagai Al (bukan nama sebenar). Boleh dia ajak aku dan Ash ke private party anjuran rakannya. Walhal baru kenal dua hari sahaja. Kalau private party yang sopan bolehlah juga. Ini tidak. Digambarkannya penuh dengan arak kencing syaitan itu. Pil-pil khayal pula dah jadi seperti gula-gula mint bagi mereka. Ohhh, begitu rosak anak muda warisan bangsa. Bukanlah aku ini asalnya dari kampung mahupun ulu, tapi aku tidak perlu itu semua. Aku tidak perlu menghirup kencing syaitan semata-mata untuk lupakan masalah dunia. Aku ada pendirian. Aku percaya pada itu. Ash pula aku lihat begitu kautim dengan Al. Cepat-cepat aku elakkan. Ash turuti aku. Jangan begitu dekat dengan Al itu. Dia bakal merosakkan otak kita. Mujurlah dia bukan sekolej dengan kami. Sekurang-kurangnya tidaklah aku hadap dia selalu. Subhanallahhh.. Lepas ni apa pula? Siapa lagi yang mahu persetanin aku? Ya Allah, aku perlu lebih kental padaMu. Bantu aku..

dua belas

Aku senang sekarang. Hari-hari aku habiskan masa dengan rakan setia. Sementara masa masih ada. Sebelum ahad tiba. Sebolehnya aku gembira. Pura-pura? Tak mungkinlah. Aku memang begini. Kalau rakan setia ada di sisi, aku tak mungkin terdetik rasa kosong itu. Terima kasih rakan setia. Aku takkan pernah buang kamu dari hidup aku.

credits to:
madi and suko for being there 24/7
farez for sharing a whole precious unforgettable day
rara and naz for every tears and laugh
qu, mira, nas, mus and fitri for the eternity friendship





Aku sayang kamu.

sebelas (bukan sengaja)

Aku buntu...
Aku kaku...
Aku bisu...

Aku bukan sengaja. BENAR! Bukan sengajaaaa..

Facebook memang jahanam, aku bukan sengaja. Kau paksa aku. Kan aku dah menyesal. Aku tak perlu tahu perihal si mantan itu. Sedikit pun tak. Kenapa hati ini gatal benar mahu tahu juga. Degil. Seperti tuannya. Kan sudah sakit. Padan muka kau, Hati.

Entah logik atau tidak alasan itu. Aku sendiri masih ragu. Aku bukan sengaja konon. Semudah itu aku cuba yakinkan diri. Bodoh. Bebal. Sekarang siapa yang sakit? Kau juga kan? Tak guna. Hari ini aku benci kau, Hati. Begitu sukar memegang janji. Bila mahu sedar? Dua tahun bukan sekejap. Kenapa masih punya harapan? Harapan kau sampah. Buang sajalah! Tak ada siapa peduli. Kau sedar itu?

Kau sakit lagi, Hati? Kau mahu menangis? Aku juga mahu menangis. Aku juga mahu teman untuk mendengar. Kosong. Barangkali semua teman setiaku sudah tidur lewat jam begini. Aku kosong. Berdiri kayu depan cermin. Aku cuma mampu melihat si bodoh yang tewas pada cinta yang rapuh. Si bodoh itu. Buruk. Patutlah kau tewas. Apa ada pada kau berbanding pengarang jantungnya itu? Cinta? Agung mana sangatlah.. Dia juga boleh berikan cinta, jauh lebih baik. Kau cuma perlu sedar. Kau perlu berhenti. Teruskan menikmati hidupmu. Boleh?

Kental sajalah, Ony! Kental! Kau tahu hari ini akan muncul juga. Kenapa lemah longlai begini? Sekurang-kurangnya kau tahu dia bahagia kan. Kau patut juga. Kau layak juga. Kau tahu kau layak. Kau tahu kondisi hidupmu jauh lebih baik dari dia. Kenapa kau perlu bazirkan air mata? Berjimatlah sedikit. Kau akan temu bahagia itu. Mungkin esok, lusa, nanti. Siapa tahu? Kau cuma perlu padamkan dan mula muka baru.

Boleh? (Angguk) Boleh.

Yakin? (Lama) Mungkin.

Senyum? (Berpaling) Lain kali sajalah.

Aku tak yakin langsung sebenarnya. Ya ALLAH.. Bantu aku!

Sepuluh

Aku dah penat kerja. Aku mahu berhenti. Dulu bila tak bekerja sibuk nak sangat, sekarang tak berhenti komplen. Sebulan kerja sudah cukup buat aku. Haha. Sebulan sahaja aku boleh bertahan. Cukuplah setakat itu. Duit banyak sangat pun nak buat apa kan. Nanti aku jadi orang kaya tamak yang lupa diri pula. Melayu kan memang begitu. No offence. Selama aku kerja di situ aku mula jauh dari rakan-rakan aku. Biasalah, pergi kerja awal pagi. Pulang lewat malam. Selalunya OT. Boring duduk rumah. Hari Rabu dan Khamis off day. Ada jugalah peluang aku nak bersuka-suka dengan keluarga dan rakan setia. Untuk sebulan itu, hidup aku lebih sederhana. Low profile kata orang. Senyap. Bising bila dengan orang tertentu sahaja. Aku juga tak banyak bersuara ketika kerja. Bukan menyombong. Cuma masa lebihnya aku lebih suka termenung jauh. Mengingatkan kisah lama. Aku tahu aku mungkir janji aku sendiri. Konon mahu lupa. Hmm, kau ingat senang? Biarlah aku simpan memori itu. Memanglah sakit tapi ada bittersweetnya. Kadang-kadang aku tersenyum juga. Walaupun ending untuk kisah cinta-sementara aku itu begitu memeritkan jiwa tapi aku suka. Atleast aku punya memori menarik seperti itu untuk aku kongsikan dengan anak cucu aku nanti. HAHA. Kau mungkin kata aku seorang pencinta yang bodoh lagi bebal. Aku terima saja. Aku serious. Aku rasa kisah aku itu menarik. Benar.

Sejak berhenti kerja, aku tak habis-habis mengadap alam maya. Melayari fesbuk aktiviti terkini. Bukanlah aku begitu taksub. Cuma malam aku memang dihabisin depan komputer riba tersayang ini jika tidak kemana-mana. Sosial life aku berjalan lancar. Kerap juga aku habisin masa bersama rakan setia. Kadang-kadang juga sampai sleep-over di rumah mereka. Hidup tanpa masalah. Aku suka. Aku cuma perlu bangun setiap pagi, mandi, kemas rumah mana yang perlu, tonton tv, berfesbuk, berblogging, bercanda sama teman, gelak tak henti-henti.. Ini hidup. Walaupun aku tahu ianya cuma sementara tapi tak salah untuk kita menikmatinya sebelum ia habis kelak. Oh yea, keputusan final program asasiku juga sudah keluar. Tidaklah begitu membanggakan. Aku akui secara peribadinya aku mampu capai yang lebih baik kalau aku lebih fokus. Tapi itu kan sudah terlambat. Sekurang-kurangnya aku dapat juga melanjutkan pelajaran di UiTM untuk program Sarjana Muda pula. Aku tetap mahu belajar. Aku takan berhenti selagi mampu. July ni aku register di kampus. Mula hidup baru lagi. Hidup yang lebih mencabar kata orang. Harap-haraplah aku dapat adapt dengan mudah dan cepat. Okay, aku sudah mula esaited!

Sembilan

Aku nak cari kerja. Encik Zamrie tak membalas emelku. Kerja data-entry dari rumah pun susah nak dapat yaa? Next hope, TGV. Tolong terima aku. Sebulan ini sahaja. Aku takan mengecewakan kamu, TGV. Ibu tak mengizinkan. Tapi aku kenal benar ibu. Dah pass intebiu nanti mesti dia bagi. TGV, kamu sangat cantik, baik, comel, seksi, lentik. Beri aku kerja sebijik pelis?