Episod Empat

Sepanjang aku berkawan dengan Imran, dia taklah bawak masalah sangat. Dia okay saja. Tak banyak kerenah. Jadual belajar aku pula pack semacam. Tak punya masa langsung untuk bersuka ria.

Weekdays ; Sekolah - Kelas tambahan/Koko - Tusyen
Weekends ; Sabtu : Tusyen Math dan Addmath sepanjang hari
Weekends ; Ahad : Duduk di meja study dan setelkan homework

Haihhh.. sakit bukan? Maklumlah, aku harus buktikan pada keluarga aku masih mampu mencapai kejayaan seperti adik beradik lain. Enough is enough. Aku tak sanggup lagi dipandang serong. Aku bertekad mahu score habis baik untuk SPM. Imran pula.. he's just always there for me. Sering berikan sokongan. Masalahku semua diluahkan padanya. Felt like life is so much easier with his existance. Walaupun hanya sekadar kawan. One day, Imran ajak aku keluar. Dia perlu menemani Farez yang bajet pemalu on a date. Dia terpaksa tapi dalam masa yang sama dia tak mahu jadi orang ketiga atau lebih senang dipanggil penyibuk nusantara. So, dia mahu aku ada juga.

Ony - Aku ada tusenlah gila, takan kau tak tahu jadual aku.
Imran - Sekali ni je, pastu janji aku tak kacau kau dah. Pleaseeeee...
Ony - Tak sempat. Aku habis kelas 5petang. Betul nih!
Imran - Takpelah kalau macamtu.. Bye.

Sedih betul suara Imran. Kesian pun ada tapi aku lagi pentingkan belajar. Sorry Imran. Lain kali mungkin. Sampai di pusat tusyen, kelas batal. Atas sebab apa aku persetankan. Aku super duper seronoklah sebab boleh balik tidur. Then aku teringat Imran. Alaaaaaa.. Tidur ke Imran? Tidur keeee... Imran? Hmmm.. penat betul lah! Aku terpaksa pilih Imran. Aku terus call dia.

Ony - Hey gajah, aku free nih.
Imran - Free? Bukan kau ada class? Kau main-mainkan aku eh?
Ony- Dah cancle lah.
Imran - Apsl pulak?
Ony - Kau banyak tanya.. Nak aku teman tanak ni?
Imran - NAK! NAK! Aku amek kau sekarang okay. Kau tunggu je luar tusyen tu.
Ony - Bahekkkk gajah!

Hmm.. Lama pulak aku tunggu dia ni. Lapar tahuk! Dalam 10minit macamtu, Imran datang.

Ony - Lambat! Aku lapar :(
Imran - Kita makan kat sana je okay.
Ony - Sana mana? Kita nak pi mana ni?
Imran - Taman layang-layang je. Farez dengan girlfriend dia kat sana.
Ony - Dorang memang date kat situ ke?
Imran - Taklah, tadi kitorang pegi OU. Masa kau call, kitorang baru lepas keluar dari movie. So, alang-alang nak amek kau ni baik datang sini je. Biasalah, orang dating. Aku ni drebar je.
Ony - Kesian gila kau. Apehell kau ikut? Tak ikut tak boleh ke?
Imran - Farez tanak bawak awek dia naik motor. Takan aku nak bagi dia pinjam kereta sesuka hati. So, aku volunteerlah jadi drebar kejap. Pastu aku menyesal pasal bosan ikut orang dating. Tu aku ajak kau tapi kau pulak jual mahal. Menyampah aku!
Ony - Hantar aku balik jela kalau macamtu..
Imran - Alalalalalalalaaaaa.. Takyah merajukla. Kita nak sampai dah ni.
Ony - Tahu takut.. Kau kena belanja aku makan. Aku lapar gila ni.
Imran - Kau tak lunch ke tadi?
Ony - Mana sempat. Balik sekolah, tukar baju, terus pi tusyen.
Imran - Life kau hectic habis. Macam mana kau tahan eh?
Ony - Entahlaaaaaaa.......

Sampai taman layang-layang, Imran dengan aku duk tepi tasik. Kitorang beli McD je tadi. Aku order Big Mac okay. Sumpah kebulur. HAHA. Aku makan penuh nafsu. Siap sendawa bapak kuat. Imran gelak je. Dia terima aku seadanya. Farez dengan girlfriend dia entah kemana. Lantak kaulah. Malas aku nak follow bontot couple. Baik aku duk sini dengan Imran borak-borak. Lagi best!

Imran - Kau kuat makan eh?
Ony - Ha'a, apsal? Buruk sangat eh? Kau malu?
Imran - Taklahhh.. Tak pernah aku jumpa perempuan macam kau.
Ony - Perempuan macam mana?
Imran - Yelaaa, tahan hidup dengan hectic life macam ni, perangai main belasah je, tak kisah apa orang fikir pasal kau kan..
Ony- Buat apa aku nak kisah.. Aku dah penat amek kisah. Bila aku kisah tanggapan orang, apa yang aku buat semua limited. Aku takan enjoy. Aku takan rasa hidup. Aku buat ikut suka aku. Janji aku happy and aku tahu benda tu tak salah sudahlah.
Imran - Live life to the fullest.
Ony - Betul!
Imran - Perempuan sekarang banyak kuat kontrol, tak jadi diri sendiri. Aku tak suka. Susah nak carik perempuan tak plastik macam kau.
Ony - Aku tak boleh jadi plastik, aku rimas. Aku prefer jadi diri sendiri and terserahlah kat orang untuk terima. Kalau orang terima aku, maknanya dorang tak hipokrit. Aku pun tak perlu hipokrit. Aku bebas jadi diri sendiri. Tapi tak semua orang boleh terima aku macam ni. Aku kan kasar. Tapi aku tak kisah pun. Dah cukuplah kawan yang aku ada sekarang ni. Aku dah puas hati.
Imran - Aku suka cara kau. Macam mana study kau? Okay tak?
Ony - Okay je. As long as family aku puas hati, aku happy dah.
Imran - Kau tak tension ke study hari-hari takde break langsung?
Ony - Siapa kata takde break? Adalah!
Imran - Bila kau break? Takde pun aku rasa.
Ony - Masa aku makan, mandi, tengok tv.. Tu bukan break?
Imran - Bukan! Maksud aku mcm whole day lah takde buku. Mana pernah kan?
Ony - So kau nak kata aku geek takde life lah?
Imran - Takkkk! Maksud aku kau ni takde rehat. Fahimtum?
Ony - Fahimnaa ya ustaz. Aku tak tension pun. Ada kau nampak aku tension ke?
Imran - Tak, sebab tu aku tanya. Orang normal mesti boleh crack kalau ada life macam kau.
Ony - So aku tak normal lah? -_____-"
Imran - TAK! TAK! Hishhh.. Kau fahamkan maksud aku?
Ony - Fahamlaaaa.. Semua orang kata benda yang sama. Tapi thank god, aku tak rasa tension pun. Even aku stay up untuk study. Aku rasa seronok. Study is fun. Aku tak pernah rasa nak stop. I'll stop when SPM's end.
Imran - Study is fun? Busyekkkkk! (it's suppose to be 'Bullshit')
Ony - Aku serious. Okay, for example.. Kau tengah buat addmath. Simultaneous equationlah kata. Then equation kau lain dengan jawapan kat skema, sakit hati kan? Kau mesti rasa macam kau bodoh dungu tak dapat jawab soalan simple macamtu. So, kau akan try and try and try sampai kau dapat jawapan ikut skema. Bila dapat jawapan yang betul, syok habisssssssss. Kau rasa macam SPM tu alaa macam siput babi je. Takdehell laaa. It wont be as scary as you think it would be.
Imran - Yeke? Untuk aku sekarang ni everything's too late lah. Result aku dah nak keluar pun next two weeks. And aku rasa kompem musnah. Main-main lebih.
Ony - Kau give up ke? Chill laaaaahhhhhhh.. Result pun belum keluar. Mana kau tahu dah musnah? Hah? Hah? Mana kau tahu? Kau bomoh ke?
Imran - Taklah gila. (tepuk dahi aku)
Ony - Eh fundek punya gajah! Aku nak call talian Nur la macam ni..
Imran - Apsallllll?
Ony - Kau dera aku.
Imran - Hotakauuuhhhh! Dahla kau tinggal, balik jalan kaki.
Ony - Wehhh wehhhhh! Hamboi.. Pandai angkut, pandai hantar laaaa..
Imran - Yela yela.. Next time kita keluar lagi macam ni boleh?
Ony - Farez dengan awek dia tu mana? Dah tak reti nak maghrib ke apa? Aku kena balik ni, kang ibu bising laaaa..
Imran - Tahnyaaa.. Jap aku call.

Macamtulah how me and Imran getting closer to each other. Every week jumpa sekali lepas aku balik tusyen. And lama-lama kami pun declare as couples. Bila dah couple tu, semuanya cantik. Dunia ni takda apa yang buruknya. Dunia tanpa masalah. HAHA macam aku cakap before ni, IT WONT LAST. After three months bercinta, aku dengan dia mula gaduh. Every day ada je punca kami gaduh. Selalunya sebab aku refuse to jumpa. Dia pulak tak boleh nak faham aku sibuk dengan belajar. Biasalah tu. And one day, dia maki aku sebab balik tusyen tak tunggu dia jemput. Dah ibu nak sangat jemput masa tu. Takan aku nak kata "Ibu takyah jemputlah, biar boyfriend Ony yang jemput." Gila babi. Nak kena hambat dengan parang ke apa. Family memang tak tahu perihal aku dengan Imran. Tak perlu tahu kot. It's too private. Lagipun aky kenal sangat ibu. Dia tak mungkin bagi aku bercinta masa sekolah. Kakak-kakak dulu pun macamtu. Tapi masa tu, Imran marah aku teruk betul sampai aku tak tahan. Imran memang panas baran. "Dahlah Ony, kau boleh pergi jahanam dengan hidup kau. Ingat aku heran sangat ke. Tak luaklahhh!" Aku terus mintak cerai. Tak mungkin aku akan biar dia terusan maki. He has crossed the line. Dua tiga hari lepastu, dia call. Menangis teruk. Dia kata menyesal lepaskan aku. Taklah. Kau tak menyesal. Kau cuma kosong je sekarang ni. Pergilah carik perempuan lain. Kau boleh dapat better. Persetankan aku. Aku boleh hidup tanpa kau. Aku yakin boleh punya. Farez pula call. Cuba yakinkan aku untuk maafkan Imran. Aku dah lama maafkan dia. Tapi untuk masa sekarang, terima dia semula bukanlah satu idea yang bernas. Aku tak boleh berikan komitmen untuk cinta. Aku ada priority lain. Family, kawan dan study. Aku perlukan tiga perkara itu saja untuk hidup. Aku tak perlukan Imran. Ibu Imran pula call. Cuba pujuk aku. Berikan aku keyakinan bahawa Imran akan berubah. Alahai.. Aku tak boleh. Maaf. Aku memang tak boleh, ibu. Lama lepas tu, Imran move on. Aku pun jejak tingkatan lima. Zaman SPM..

No comments:

Post a Comment