Episod Tiga

Aku tunggu Imran depan sekolah. Dia tak datang pula harini. Mungkin dah give up dengan aku kot. Yelah, susah pulak nak carik kertas sekecil ibu jari dalam botol mineral besar tu. Hmm.. nampaknya balik sorang-soranglah jawabnya. Bila fikir balik, macam menyesal pulak aku terlalu berkeras dengan dia. Bukan dia ada buat benda tak baik pun dengan aku. Mungkin hati ini belum bersedia. Tapi buat apa nak bersedia? Kan Imran cuma nak berkawan. Kenapa aku overeacting pulak? Hmm.. betullah Imran kata aku ni bodoh. HAHA. Lantak kau lah Imran. Berjuta lagi benda aku nak fikirkan. So kau boleh berambus dengan sopan dari otak aku. Tengah aku syok berangan tepi pintu train sambil tengok hujan manja di Kuala Lumpur. Ada pulak orang cuit bahu aku dari belakang. Potong habis weh! Aku pusing and it was Imran. Mak aihhh! Mana datang la si sengal ni..
Ony, sila kontrol hensem. Oyeah!

Ony - Yer cik, ada apa boleh saya bantu?
Imran - Ohh ada ada! Banyak benda awak boleh bantu saya?
Ony - Boleh saja kalau cik bayar gaji saya untuk jadi pembantu cik.
Imran - Alaaa.. awak nak berapa? Saya boleh bagi laaa.. Berapa juta mahu?
Ony - Lapan belas juta seminggu, mampu?
Imran - Cik terima duit monopoly tak?
Ony - Hotak kau! Nak apa? Dahlah lambat, aku tunggu tadi depan sekolah tahu tak..
Imran - Tahu.. Sorry, ada kerja sikit. Lama kau tunggu?
Ony - 5minit je, buat apa aku nak tunggu kau lama-lama.
Imran - 5minit pun jadilah weh.. janji kau tunggu jugak. Maksudnya aku ada harapan.
Ony - Kau gila.
Imran - Nahhhh! (hulur kertas) Tapi kau tak boleh bukak lagi, sampai rumah baru boleh. Okay?
Ony - Eh, apehell pulak! Takde takde! Aku nak bukak sekarang!
Imran - Please........................
Ony - Haaaaaaaa.... yelayela..

Sampai rumah,
Aku bukaklah kertas tu,

"THANKS ONY SWEETY. YOU WONT REGRET!"

MAAAKKKK AIIIIHHHH.. siap sweety-sweety. Jap, nak geli ke tak? nak ke tak? Hmm.. NAKLAH! Geli okay.. Kawan je kot. Siap sweety. Haihhhh.. lantak kaulah. Janji aku nak siap sekarang pi tusen.

Malam tu, Farez call..

Ony - Yer big brader, nak apa?
Farez - Dah kawan dengan Imran belum?
Ony - You ni kan, macam takde nama lain pulak. Dah dah! Puas hati?
Farez - PUAS! hohoho.. Dia baiklah gila. You dah bagi no.phone you belum?
Ony - Belum. Nanti-nantilaaaaaa...
Farez - Kalau dia mintak I macam mana?
Ony - Bagi jela
Farez - Serious nih? No. you bukan private habis ke?
Ony - Kata kawan, bagi jela. Kalau tak bagi dia asek datang sekolah jela. Payah!
Farez - HAHA, dengar cerita dia bagi you sungai ye?
Ony - Tah mabuk apa dia tu.. Ingat I boleh bawak sungai tu balik rumah kot?!
Farez - Dia bajet romantik la tu kot..
Ony - Well, kebajetan dia tu sumpah annoying.
Farez - Whattodooooo... Telan jela. Dia memang macamtu.
Ony - Hmm.. pape lah. Weh, tidur dulu! Esok sekolah. I bukan macam you boleh bangun petang.
Farez - Siapa suruh lahir lambat?
Ony - Blame the parents.
Farez - HAHA hotak you, dah lahir dah cukup bagus dah. Kau ni mangkuklaa!
Ony - I pulak! Dah dah! Good night, bye.

2 comments: