Hari demi hari, aku makin rapat dengan Ein. Aku faham dia, dia faham aku. Ein selalu cerita tentang Dil. Dia begitu tulus mencintai Dil. Maklumlah, cinta pertama. Ein pula dulunya sekolah lelaki. Pengetahuannya tentang perempuan kurang. Tiap malam lepas Ein call Dil, Ein call aku. Kadang-kadang aku serba salah juga. Takut Dil salam faham tentang hubungan kami. Tapi Ein kata Dil tak melarang. Ein begitu jujur orangnya. Aku pula sibuk dengan rutin hidupku sendiri. Bila Ein perlukan aku, aku ada untuknya. Bila tidak, aku lagi suka memencil diri. 13hb, birthday Ein. Aku tak tahu nak berikan apa. Plus, aku belum pernah ketemu Ein. Lalu aku buat keputusan untuk utuskan sepucuk kad. Bukanlah cantik mana. Cuma DIY kad. Aku cuba buat kad itu sebagus mungkin. Entah kenapa.. Aku cuba berikan yang terhebat. Ein gembira. Itu sudah cukup buat aku.
April,
Aku sibuk menelaah buku rujukan. Ein call. Dia dan Dil sudah putus hubungan. Kenapa? Dil curang. Dil berbaik semula dengan bekas kekasih. Dil cuma berikan alasan katanya. Ein tak puas hati. Dia sanggup ke Melaka mencari Dil. Aku cuma penyibuk nusantara. Aku tak mahu tersepit dengan masalah mereka. Akhirnya, Dil pilih si bekas. Tinggallah Ein tersadai tengah jalan. He's not strong enough. Ein tak dapat tahan sebak. Dia call untuk menangis. Dia tak mahu menangis depan rakan lain. Dia malu. Ego si lelaki. Ein menangis pada aku. Aku! Si bodoh ini.. Akulah yang bersusah payah cuba buat Ein lupakan Dil. Akulah yang bersusah payah cuba buat Ein teruskan hidup. Aku.. Tanpa harapkan balasan. Aku baru sedar. Aku dah langgar azam sendiri. I have fallen for Ein. Tapi aku pendam. Tak mungkin aku luahkan. Aku si bodoh ini. Si buruk ini. It's just too impossible. Aku cuba sehabis baik menjadi rakan baik Ein. Yelah.. Sekadar rakan baik. Bodoh.
Mei,
Aku kurang berhubung dengan Ein. Aku cuba menjauh. Fokus pada pelajaran. Dengan Trial SPM dah on the way. Tak mungkin aku persiakan. Ein faham. Ein pula sibuk dengan band dan musiknya yang mula mendapat perhatian. Undangan untuk perform sana sini. Makin hot kata orang. Dia juga sibuk. Keputusan Trial SPM aku okay saja. 4A cuma. Tak ada F. Taklah teruk, taklah bagus. Perlu diperbaiki lagi. Aku target over 7. Minta-mintalah lepas. Amin.
Jun,
One night, Ein call. Kami berbual dari tengah malam hingga esok paginya. Dasyat bukan? Terima kasih Maxis atas perkhidmatan Super Saver yang best. Oh, berbunga betul aku malam tu. Kami berbual hingga terlupa status rakan baik. Bahasa yang digunakan juga lebih gentle dari biasa. Rindu mungkin. Lama tak bertukar cerita. Aku makin sayang Ein. Dia? Tidak mungkin. Ein masih belum dapat lupakan Dil. Dia masih mengharap. Aku pula terus berikan sokongan dan harapan palsu. Bodoh. Malam seterusnya, Ein call lagi. Dia mengadu teringatkan Dil. Rindu Dil. Dil. Dil.. Dil... Nama Dil saja keluar dari bibir. Aku? Kenapa tidak aku? Aku dah sacrifies macam-macam. Tak sedar ke? Buta? Haihhh.. Aku cuma diam. Mood aku hilang seperti bulan hilang di balik awan malam. Sedih betul aku tika itu. Ein mula perasan. Ein tanya aku okay ke tak, bosan ke tak.. Aku diam lagi. Kalaulah aku berani, dah aku kata aku tak okay, aku bosan dengar nama Dil. Dil dah move on dengan orang lain, Ein. Kau lupa macam mana Dil tinggalkan kau dulu? Kau lupa? Dil tak jujur pada kau. Dil curang okay. CURANG! Tapi aku diam lagi. Aku cuba yakinkan Ein. This is faith. Dia akan dapat yang jauh lebih baik kelak. Dia cuma perlu sabar. Dia perlu move on. Tolonglah, MOVE ON!
Julai,
Ein masih terusan mengharap. Aku tak tahan. Ein call. Cerita perihal Dil. Aku terus matikan telefon tanpa sebarang kata. Aku menangis sendiri dalam bilik. Hati sakit. Pedih. Aku tahu kau perlu masa. Tapi sampai bila. Aku ni untuk apa? Sekadar pelapis kebosanan malam kau? Bangang! Ein text.
"You kenapa? I salah cakap ke?"
Tak Ein. Kau tak pernah salah. Di mata aku, kau sentiasa sempurna. Aku yang bodoh menaruh harapan. Menaruh rasa kasih, rasa sayang. Menaruh segalanya. Semua itu sampah. Aku tak layak. Aku bodoh sebab tak sedar. AKU TAK LAYAK! Sekarang rasa bersalah menebal. Apa perlu aku lakukan. Aku dah terlanjur mencintai Ein separuh mati. Aku dah biar emosi makan diri. Aku muntahkan semua pada seorang rakan blogger. Harapkan bantuan.
"You cant keep this by yourself.
You will feel better once you tell him the truth,
let him decide. Or else, this feeling will eat you alive."
You will feel better once you tell him the truth,
let him decide. Or else, this feeling will eat you alive."
Aku tak punya keberanian itu. Aku tahu. Cuma ada dua kemungkinan kalau aku beritahu Ein. Pertama, dia terima dan aku bahagia. Kedua, dia tolak dan aku akan kehilangan dia. Aku tak sanggup mengambil risiko. Lama aku pendam. Aku biar hubungan kami berjalan seperti biasa. Aku pura-pura depan Ein. Bagai orang tak punya masalah. Sentiasa gembira dengan hidupnya. Sampai bila perlu aku begini. Aku tak sanggup terusan menjadi hipokrit. Itu bukan aku.
Ogos,
I tell him the truth. Every single thing. Tak tinggal sisa langsung. Ein terdiam. Ein bagai tak percaya. Aku hilang semangat. Aku tahu Ein tak mungkin terima aku. Dia masih stuck dengan memori Dil. Aku hanya nobody. Tapi Ein terima. Dia kata dia mahu mula relationship baru. Dia kata aku pilihan terbaik. Dia juga kata dia sudah mula ada simpan kasih padaku. Cuma takut untuk beritahu. Aku speechless. Tapi kami tak terus declare hubungan serious. Kami cuma berstatus 'together'. Ein kata better tunggu aku lepas sekolah. Saat itu lebih strategik untuk kami berdua. Betul kata Ein. Aku pun masih bersekolah. Tambah lagi, bebanan SPM. Dengan adanya Ein, aku lebih bersemangat. Ein teman aku every night untuk stay up belajar. Kami begitu bahagia.
September,
Pelajaran aku makin okay. Aku ditempatkan dalam golongan pelajar elit di sekolah. Golongan ini mendapat lebih tumpuan daripada para guru. Kira kami ni harapan sekolah lah. Aku berada di tempat yang keempat dalam sepuluh orang dalam golongan itu. Aku cukup bersyukur. Aku tak putus-putus belajar. Tak mungkin aku tinggalkan aktiviti utama itu. Dengan Ein, makin intim. Selepas raya, Ein ajak aku untuk menemaninya ke rumah terbuka seorang rakan. Aku setuju. Tanpa dirancang, aku dan Ein sama-sama memakai baju berwarna hijau. Kami hanya mampu tersenyum. Semuanya indah. Ein memegang erat tanganku. Rakan-rakannya pula bagai sudah tahu kami ni berpasangan. Rupa seakan yakin kami ni betul-betul dah declare. Aku betul-betul sudah menaruh harapan.
October,
Selepas sebulan berhari raya, Ein mula menjauh. Entah kenapa. Aku assume dia tak mahu mengganggu pelajaranku. Mungkin kerana SPM sudah sipi-sipi saja lagi. Aku juga sibuk dengan revision dan seminar. One night, aku call Ein. Rindu. Ein tak jawab. Hmm.. jamming perhaps. Pukul 3 pagi, Ein call aku. Dia seakan penat. Aku katalah call nanti saja kalau penat. Dia terus letak. First time Ein macamni. Apa salah aku? Okay, aku pedulikan. Aku tak salah apa. Aku tak buat apa. Dia hilang mood barangkali. Then aku terima sms darinya.

"Im sorry, I cant have the same feelings for you anymore."
Aku faham. Ein temu cinta baru. Ein tak mahukan aku. Aku tak marah, aku tak menangis sikit pun. Aku mampu membalas.
"Its okay, at least you're telling me the truth now. You tidurlah. Good night"
Jangan ditanya mengapa aku begitu tenang. Mengapa aku tidak marah. Mengapa aku seperti tiada jiwa. Bagi aku, love means letting go. Aku akan happy kalau Ein happy. Ein tak salah. Dia cuma keliru. Dia pilih aku pada awalnya sebab dia belum jumpa the right one. Hanya aku ada tika itu. Aku pilihan terbaik kerana dia tidak punya pilihan lain. Kau tentu faham. Cinta tak perlu dipaksa. Ia datang dan pergi dengan sendiri. Aku terima kerana aku percaya pada takdir. Mula detik itu, aku hilang percaya pada kaum Adam. Aku jadi takut untuk punya perasaan. Aku biar Ein pergi dengan kekasih hati barunya, Bella. Aku tahu semua. Cuma aku tak faham kenapa Ein masih bercerita padaku. Semua perihal Bella dia luahkan padaku. Kau bodoh ke apa. Aku sayang kau. Sebesar kuman pun aku tak mahu tahu tentang Bella. Bagi aku, dia bukan untuk kau. Tapi aku tak perlu perbesar cerita. Aku tarik diri. Aku mahu hilang dari kau. Betul-betul hilang.
November,
SPM tamat. Aku gembira. Cuma terkenangkan Ein. Terkenangkan janji kosongnya. Janji yang kami akan declare a couple sejurus aku tamat paper terakhir. Semua itu tiada lagi. Ein dah bahagia dengan orang lain. Aku pula perlu move on. Hidup ini penuh harapan kosong. Aku perlu belajar untuk terima kenyataan.
December,
Aku sibukkan diri dengan kerja dan rakan-rakan. Aku rasa life makin pedih tanpa Ein. Tapi aku pendamkan. Aku tak mahu dilihat bodoh terkejarkan benda yang mustahil untukku. Aku remain silence. Itu yang terbaik.

Sedih rasa. But i know u can take it.
ReplyDeleteThis is really something.
Two years.. Still tersepit macam bodoh :)
ReplyDelete