Lapan belas,
Selamat pagi, dunia. Moga hari ini lebih indah dari sebelumnya.
TAK! Tak mungkin hari ini ada bezanya dari hari yang aku lalui sebelum ini. Penuh perit. Kehilangan Ein buat aku lumpuh separuh jiwa. Memang sebelum ini aku tak pernah menangis. Aku tahan. Sampai bila lagi. Aku dah penat. Aku putuskan untuk menangis sepuasnya hari ini. Aku berkurung dalam bilik. Telefon dimatikan. Aku tanak buat apa pun. Lalu aku menangis. Puas hati? Setakat ini.
One day, Sharez, teman rapat Ein call aku. Aku kenal Sharez masa beraya dengan Ein di rumah rakannya. Mana tah dapat nombor. Potensi besar dari Ein. Sudah pandai menjaja nombor aku pula. Sakit hati. Sharez cuma mahu berkawan. Ya Allah.. Mustahil sungguh. Sharez tak banyak tanya. Dia cuba yakinkan aku. Keputusan Ein memilih Bella betul-betul mengejutkan dia dan rakan lain. Walhal mereka seperti begitu pasti aku dan Ein sepatutnya bersama. Aku diamkan saja. Apa lagi boleh aku omongkan. Sharez kata Ein dah buat kesilapan yang besar. Bella bukan gadis yang baik. At least tak sebaik aku. Katanyalah. Aku diam lagi. Tak lama, aku mula bersuara. Aku dan Sharez tak perlu berkawan. Aku tak perlu ada hubungan dengan orang tersayang Ein. Aku tak mahu ada yang di salah ertikan. Risiko. Tak kira apa, Sharez tetap berkeras mahu berkawan. Aku lantakkan saja. Aku mahu buang segala. Sharez call hampir setiap hari. Cuba berbual. Kebanyakan masa aku diamkan saja. Pekakkan telinga. Sharez tak putus asa. Satu malam, Sharez text. Mahu datang ke rumah katanya. Buat apa? Saja, mahu berjumpa. Tak perlu, aku jawab pendek. Tengah malam itu, aku lepak di balkoni rumah. Menjengah langit malam. Macam-macam berputar di fikiran. Terasa nak cipta roket sendiri. Nak terbang pergi angkasa. Nak pindah ke planet Zuhal. Nak bina hidup sendiri. Lagu Florence and The Machines, Kiss With A Fist berkumandang. Someone's calling. Malas sangat nak jawab. Aku biarkan saja telefon itu bergetar. Menjerit-jerit memanggil aku untuk menjawab. Ahhh.. Malas betul. It was Sharez. Mahu saja aku campakkan telefon kebawah. Tenang hidup. Tak lama lepas tu, kereta Pajero merah muncul depan rumah. Parking macam mak bapak dia punya rumah pulak. Sharez keluar kereta. Seorang. SHIT! Aku terus turun bawah. Nasib baik semua dah tidur.
Ony - You nak apa? Apsal you datang? You baliklah.. Please.
Sharez - Kan I kata, I nak jumpa you. Kenapa you tak answer my calls?
Ony - Sorry, honestly I memang tanak jawab. You delete je nombor I okay.
Sharez - Kenapa pulak?
Ony - Better you balik sekarang. I betul-betul takut kantoi ni. Tolonglah..
Sharez - I takan balik selagi you tak terima.
Ony - Fine! Dah, puas hati? Now, you balik.
Sharez - Lagi satu boleh?
Ony - Last okay, I serious ni. You have to go.
Sharez - I sampai rumah nanti, I nak call you. Jawab please.
Ony - Yeeeeeeee.. Balik!
Mulalah buku aku dengan Sharez pula. Kami declare. Secepat itu. Aku terima dia atas dasar terpaksa. Alasan paling bangang. Sebenarnya, aku cuma perlukan 'distraction'. Untuk elakkan aku fikirkan Ein. Aku seperti gunakan Sharez. Kotor. Aku tahu. Accepting him was a mistake.
Sharez seorang yang amat sibuk. Sibuk bekerja. Sibuk dengan musik. Sibuk dengan rakan. Sibuk memanjang. Aku bosan. Aku bukanlah seorang yang cerewet. Perlu diberi perhatian 24/7. Tapi cuba kau bayangkan. Pernah sekali dua minggu menyepi. Text tak dijawab. Call tak dijawab. 22hb, birthday aku. Kononnya dia berjanji kami akan luangkan masa bersama. Sepanjang hari tanpa gangguan. Aku pegang janji itu. Rakan baik dan keluarga ajak celebrate. Aku reject. Aku khaskan hari itu untuk dia. Untuk kami. Tepat 12malam, telefonku tak berhenti berbunyi. Ucapan manis dari rakan setia tak putus-putus. Dari dia, haram. Aku mengadu pada Haz. Mungkin dia nak buat suprise untuk esok. Haz beri harapan. Aku cuba yakin.
Esok, kosong. Aku celebrate birthday dengan berkurung sendiri dalam bilik.
Sampai hati dia. Sialan.
Lusa itu, dia call. Aku tak marah. Aku mahu habis. Aku tak mahu bergantung pada dia lagi. Alasannya, pergi pulau untuk surf ombak bersama rakan. Tak ada signal untuk call. Wah, seronok betul kau bersama rakan. Aku pula? Berkurung, tak mandi, busuk, kotor. Tunggu kau. Kau anak sultan dunia? Kenapa perlu aku tunggu kau? Kau dengan Ein tak kurang bezanya. Macam kembar siam terhentak kepala pada katil hospital waktu lahir. Sebab tu macam weng sikit. Aku mahu putus. Dia kata okay. Okay saja? Okay?.. OKAY!!!
Dua minggu kemudian, dia upload gambar baru di Myspace. Bersama seorang gadis cantik lagi seksi. Berdua. Captionnya CINTA. How sweet.. Offline.
Bulan tiga, aku dapat keputusan SPM. Alhamdulillah, just what I expected. 7A lainnya kredit. Itu sudah cukup buat aku. Walaupun ibu masih kurang berpuas hati. Aku terima. Ini semua dah tertulis oleh-Nya. Aku berhenti kerja. Alasan penat, malas. Aku punya cukup duit untuk bersuka ria. Ahaa.. Biasalah. Ini saja masa aku ada untuk rakan. Sambung belajar kelak kami probably jarang bersua lagi.
The rest, tak ada yang menarik. Life aku bosan. Tak macam kalian. Siang hari berdating sana sini. Malam pula pergi kelabing. Itu bukan aku. Aku cinta-less. Aku isi hari-hariku dengan menonton TV dan melukis. Malam, aku pindah ke alam maya. Bosan? Aku nafikan. Sekurang-kurangnya aku masih mampu tersenyum. Syukur dengan apa yang ada.
No comments:
Post a Comment