Episod Satu

Zaman hingusan..

Sejak dari tingkatan 1, aku telah di-introduce kepada aktiviti 'Chatting' dan alam cyber oleh rakan-rakan sekolah. Aku yang masih hingusan ini mula tertarik pada awalnya. Setiap kali tamat sekolah, kami akan ke cyber cafe. Aku seorang yang sangat rendah diri dan pemalu. Bodoh-bodoh saja kenal orang dari alam maya. Semua tipu belaka. Tapi saat itu, apa sangatlah yang aku tahu. Seorang rakanku ini pula, Weena, lagaknya seakan dewasa, orang yang sudah matang. Berani pula memberi nombor telefon kepada rakan-rakan cybernya. Kebanyakan sudah tentu lelaki. Hmm.. lelaki. Mereka cuma tahu menyebarkan sperma. Ada mereka kenal erti cinta dan tanggungjawab? Bullshit belaka. Rakan lain tidak berani memberi nombor telefon sesuka hati. Aku pula tidak punya telefon pun lagi. Jadi, aku kira terselamatlah. One day, Weena mengajak kami ke KLCC. Ohhh keluar bandar di usia begitu muda? Sudah tentu parents ku membantah habis-habisan. So, aku cari jalan untuk menipu. Aku beritahu ibu Sabtu itu kami ada kelas tambahan di sekolah. Typical budak mentah! Sampai saja di KLCC, Weena tell us the truth. Rupanya dia ada agenda lain. Teman lelaki cybernya mahu berjumpa. Kira kami ni mangsa coverline dialah. Bongok kau, Weena. Tapi nak marah pun tak guna. Teman lelaki Weena datang dengan rakan-rakannya. Oh My.. mereka jauh lebih dewasa dari kami. Aku mula risau. Manalah tahu, diorang ni sindiket jual organ ke.. Aku dan teman baikku, Lia cuba menjauh. Aku begitu terjengkel terlihat Weena bermanja dengan teman lelakinya. Kau tu muda lagila gila. Gatal sangat apehal. Teriak hati. Mungkin aku jeles? Mungkin aku menyampah? Entahlah. Lantak kaulah. Rakan-rakan teman lelaki Weena tak habis-habis cuba mendekati aku dan Lia. Mungkin sebab hanya kami berdua tidak berpasangan tika itu. Kami mula rimas. Hello brader, orang dah tanak jangan paksa. Aku agak suprise dengan keberanian Lia mengeluarkan kata-kata itu. Sebelum ini, Lia yang aku kenal seorang yang lemah lembut dan juga sama rendah diri dengan aku. Lia terus menarik tangan aku dan kami pulang berdua. Tinggalah Weena dan tiga rakan lain bersama jantan-jantan keparat tu. Apa aku kisah!

No comments:

Post a Comment