Episod Dua

Tingkatan dua dan tiga, atau lebih senang kalau aku katakan ini zaman kegelapan aku. It was the worst year for me. Aku mula menjinakkan diri dengan rokok dan pil khayal. Bodoh bukan? Siapa pengaruh? Sudah tentu rakan. Tapi aku tak pernah menyalahkan mereka. Aku yang cukup bangang tak reti nak kawal diri sendiri. Aku mula ponteng sekolah dan pelajaran mula terkontang-kanting. Markah jatuh. Cikgu marah aku buat dek je. Parents tak tahu. So, pedulik hape aku. Atas sebab apa aku terjebak? Probably tekanan. Tertekan dengan masalah keluarga. Yelah, ayahku main kayu tiga. Ibu pula hari-hari menangis minta dilafazkan talak. Adik beradik lain semua bijak laksana. Masuk asrama penuh. Aku saja terkandas di rumah. Hari-hari mendengar benda yang sama. Jeritan pergaduhan ibu dan ayah. Siapa mampu tahan? Pernah juga aku cuba membunuh diri. And that was the dumbest thing I ever tought I would do. Alhamdulillah, imanku kental. Aku tak sanggup selama-lamanya menjadi penghuni neraka. I will never commit suicide. Nauzubillah.. Aku cuba berhenti menjebakkan diri atas dorongan rakan baik. Aku pindah ke rumah nenek dengan niat untuk berubah. Untuk kuat menghadapi dugaan Allah SWT. Untuk terima nasib keluarga seadanya. UNTUK MENJADI SEORANG MANUSIA. Syukur, Allah beri aku peluang. Allah itu MAHA BESAR. MAHA SEGALA-GALANYA! Aku cukup bersyukur dan gembira apabila ibu dan ayah membuat keputusan untuk tidak berpisah demi anak-anak. Ayah mahu berubah. Ayah mahu menjadi ayah yang lebih baik. Kami terima penuh terbuka. Keputusan PMRku tidaklah begitu baik. Aku tidak layak untuk ditempatkan di mana-mana sekolah berasrama penuh. I regret every single thing. But I must not give up. There's still hope. Aku tekad untuk pindah sekolah. Meninggalkan semua memori-memori hitam berdaki. Aku berpindah ke sekolah teknik dan mula kenal dengan rakan-rakan yang lebih baik. Tingkatan empat dan lima was the best year ever. Aku menjadi rajin tanpa perlu dipaksa. Aku belajar sekerasnya. Aku bergaul sebaiknya. Aku bukan lagi aku yang dulu. Aku bukan lagi Ony yang malu untuk bercerita, prejudis terhadap tanggapan orang lain, pendam segala pedih hingga rosak diri. Aku Ony yang kuat senyum, kuat ketawa, kuat bercerita.. Aku mula turn to be Ony yang normal. Ony yang aku sentiasa fantasikan. Hidup normal. Tapi tak semua yang indah itu kekal selamanya. Aku mula kenal erti cinta, kasih dan sayang tika itu. Tapi aku yakin, aku sudah cukup matang untuk membezakan yang baik dan yang buruk.

Tingkatan empat, cinta pertama.. Pfft! Pathetic bukan? Biasalah, setiap manusia akan lalui cinta pertama. Aku punya taklah best mana. HAHA. Namanya Imran. Aku kenal dia dari seorang rakan baikku, Farez. Menurut Farez, Imran ingin benar berkenalan denganku. Entah kenapa. Sewel agaknya. Aku pula ala-ala market tinggi. Jual mahal. Bukan apa.. aku kan masih bersekolah. Tidak perlu ada cinta. It wont last. Itu yang aku percaya. Tapi Imran ni macam bertekad betul ingin berkawan denganku. Siap datang rumah bagi surat sembur wangian. Geli aku. Aku tak layan. Takut terganggu pelajaran kononnya. Farez pula hari-hari cuba menyakinkan aku Imran tu lelaki yang baik. Memanglah kau puji dia melambung tinggi, dia kan kawan kau. Aku masih menolak. Sampailah satu hari, Imran datang ke sekolah tunggu waktu pulangku. Aku keluar dari pintu pagar sekolah dengan Qu dan Mira. Jalan ke Lrt Station. Imran tiba-tiba muncul menghulurkan sebotol air mineral.

Ony - Kau lagi? Nak apa?
Imran - Aku nak kawan dengan kau, boleh?
Ony - So, apa kena mengena air mineral ni?
Imran - Setiap titik air mineral dalam botol ni menunjukkan aku betul-betul ikhlas nak kawan dengan kau. Please..
Ony - Laaaaaa.. dahla botol kecik je. Macam tak cukup kot..
Imran - Aku tak larat la nak bawak laut ke sungai ke perigi buta ke.. ni cukup la yeh?
Ony - Aku nak balik, petang ni ada tusen lagi. Bye~

Terus aku tarik Qu dan Mira. Alaaa.. konon aku heran la tuh. Esoknya, Imran muncul lagi depan sekolah. Dia terus tarik aku masuk kereta dan berdiam diri. Okay.. mamat ni eksotik habis.

Ony - Kau nak bawak aku pergi mana haahhhh?!
Imran - (diam)
Ony - Wehhh.. aku tak cakap dengan air cond ni la. Kang aku bukak tingkap jerit kang. Kau nak kena penjara seumur hidup apsal kidnap ke!!!
Imran - Aku janji aku takan buat apa-apa kat kau. Tolong trust aku. Aku cuma nak bawak kau pergi some place okay. Tolong percaya aku kali ni je..
Ony - Kenapa aku nak percaya kau? Kau ni siapa? Kau gila tahu tak! Kalau parents aku tahu ni, masak kita!
Imran - (diam)
Ony - (aku tarik telinga Imran)
Imran - Sakitlah bodoh!
Ony - Aku pulak kena bodoh! Kaula bodoh pasal kidnap aku!
Imran - Okay fine, sama-sama bodoh nak?
Ony - TANAK!!!
Imran - Bagi aku 10minit and I'll explain everything to you.
Ony - Kalau kau plan nak kidnap aku, rogol aku, bunuh aku then campak aku kat semak ke hape.. aku sumpah bila aku jadi hantu yang cun, I'll make you suffer till death!
Imran - (gelak) Taklah weh, takan aku nak buat macamtu. Kau ingat aku gila.
Ony - Kau memang gila!

Tak lama tu, kami sampai kat tepi sungai. Imran tarik tangan aku untuk keluar but I refuse to. Gila kau! Ni kalau ada Jabatan Agama Islam ni kompem aku boleh sawan babi.

Imran - Fine kalau kau tanak keluar, aku cuma nak bagi kau sungai ni. Aku namakan sungai ni Sungai Ony okay.
Ony - Are you out of your mind? Kau beli sungai ni kat chow kitt ke suka hati nak bagi nama macam kau punya pulak!
Imran - Kan kau kata air mineral botol kecik je tak cukup. Kalau aku beli botol besar pun rasanya kau gelak je kan. So aku bagila kau sungai ni. Naaahhh! Air sungai ni takan putus takan habis. Macam perasaan aku kat kau. Tolonglah Ony, aku betul-betul ikhlas nak kenal kau, nak kawan dengan kau. Kalau ada rezeki, nak lebihlah kan..
Ony - Aku nak balik!
Imran - (diam.. lama) Okay.

Okay je dia jawab? Punya bersungguh dia nak kawan dengan aku tapi bila aku refuse sikit ni je dia terus okay? Apa punya game dia nak putar belit kat aku ni.

Sampai rumah,

Imran - I'm sorry for everything.
Ony - Boleh kau tunggu kejap tak?
Imran - Hm..

Aku bergegas masuk rumah and tulis kat sekeping kertas buruk,

"HEY, IM ONY. LET'S BE FRIEND OKAY :)"

Aku gumpalkan dan sumbat dalam botol mineral besar penuh dengan kertas gumpalan kosong. Aku mula terbuka hati untuk menerima Imran. Walaupun caranya agak menjengkelkan. Cuba kidnap konon. Tapi deep inside aku tahu dia baik.

Ony - Nahhh! Ni untuk kau. (sambil menghulurkan botol tersebut)
Imran - Hahh? Apa ni Ony?
Ony - Kalau kau betul-betul ikhlas, esok jumpa aku and bagi kertas yang betul okay.
Imran - Kertas apa? Apa kau cakap ni?
Ony - Bye.


No comments:

Post a Comment