Episod Tujuh

Entri kali ini, aku nak perkenalkan kamu semua pada watak-watak rakan setia aku, Ony Kosong.

Madi, bestfriend forever young and wild. Kenal sejak usia 10tahun. Belajar mengenal erti hidup bersama. Tak pernah bergaduh. Perangai macam langsi. Dia faham aku. Persahabatan aku dengan Madi takan dapat digambar dengan kata-kata. It's just so beautiful.

Haz, dua tahun lebih tua. Sangat manis. Baik hati. Tak pernah berkira. Tak pernah berdengki. Jujur. Ikhlas. Yang positif saja boleh aku katakan. Haz memang begitu. Aku sentiasa harapkan Haz dapat balasan yang baik. He really deserve the best.

Farez, juga dua tahun lebih dewasa. Tak berapa matang. Hidup penuh keseronokan. Ambil lewa segala benda. Kuat maki. Kelakar. Tak habis dengan obsesi musiknya. Tapi setia dalam cinta. Bodoh pun ada. Kekasih pijak kepala. Biarkan saja. Sampai sekarang menduda.

Rara Gelebeh, Naz Kacang dan Aly Lidi. Mereka terbaik. Sentiasa ada. Waktu senang, waktu susah. Plan mengkongker dunia tak pernah habis. Bergaduh selalu. Senja nanti baiklah balik.

Rakan rapat di sekolah, Qu, Mira, Nas, Mus, Fitri. Mereka berlima cukup untuk aku survive di sekolah. Aku tak perlukan yang lain. Begitu bermuka-muka. Bosanlah. Hingga kini, persahabatan kekal. Aku impikan kelak aku dah berkeluarga, aku nak kami berjiran. Ala-ala kawasan perumahan cerita 'Desperate Housewife' gitu. Only, less drama.

Cukuplah setakat itu kawan yang aku perlu simpan sampai mati. Lainnya, bukan aku tak sayang kamu. Cuma aku amalkan dasar pilih kasih sikit. Mereka didahulukan, baru kamu.

Selamat Malam, Blogspot.

No comments:

Post a Comment