ZAMAN SPM, HAHA.. zaman paling drama sekali dalam hidup aku.
Januari,
Aku dah buat azam. Untuk terus belajar tanpa ada gangguan. Skor SPM dengan penuh hardcore, dapatkan biasiswa luar negara dan mula buku baru. Aku penuh passionate dan enthusiastism. Aku betul-betul mahu berjaya.
Februari,
Aku mengenali seorang lelaki dari Myspace. Oh, typical sungguh! Tapi dunia ini begitu kecil. Kawan baikku, Haz pula kenalan kepada lelaki tersebut. Atau lebih mudah aku perkenalkan dia sebagai Ein. Ein add aku di myspace dan kami mula berbalas komen. One day, Ein minta nombor telefonku atas alasan takut terputus hubungan. Dia senang berkawan dengan aku. Aku yakin Ein seorang yang tulus dan ikhlas. Lalu kami bertukar nombor. Ein bukanlah seorang yang kuat texting. Jadi, aku punya masa untuk diriku sendiri. Ein pula sudah punya kekasih hati. Dil namanya. Tanggal 22hb, Ein orang pertama ucapkan selamat untuk hari jadiku. Aku gembira tak terkata. Entah kenapa.. Memang itu yang aku harapkan.
(maaf tak dapat menyambung, aku perlu teman ibu beli groceries)
Haish.
ReplyDeleteCepat sambung balik.